Isnin, 25 Januari 2016

Pengurusan Diri.

Image result for time

Assalamualaikum.. “Masa itu emas” itulah kata-kata yg selalu diungkapkan bila menyentuh soal masa. Disini aku ingin berkongsi sesuatu yg telah aku pelajari iaitu mengenai kemahiran mengurus diri melalui pengurusan masa. Untuk menguruskan diri kita perlu ada ‘set goal’ -> ‘make plan’ -> ‘get to work’ -> ‘stick with it’ -> ‘goal’. Pengurusan masa adalah bidang yg sedang pesat berkembang dalam kehidupan. Menurut Peter F.Drucker, masa adalah sumber yg paling sukar didapati. Meril E. Douglass pula menerangkan bahawa, cara anda menghabiskan masa menentukan cara anda menjalani kehidupan dan itulah anda yg sebenarnya. Tanpa kita sedari kita telah membuang masa sebanyak dua jam sehari. Biar betul? Sebelum pergi lebih jauh mari kita baca hadith ini dahulu :-

Hadith..
“Ambillah peluang lima perkara sebelum kamu dihilangkan ( didatangi) oleh lima perkara”
1.Peluang masa mudamu sebelum daripada tuamu.
2.Peluang masa sihatmu sebelum daripada sakitmu.
3.Pelunang masa kayamu sebelum fakirmu.
4.Peluang masa lapangmu sebelum daripada kesibukkanmu.
5.Peluang masa hidupmu sebelum  matimu.

Pentingkan kemahiran mengurus diri melalui pengurusan masa ni. Kenapa masa itu penting?
Kepentingan pengurusan masa:-
•Masa amat terhad dan berharga
•Meningkatkan produktiviti
•Memastikan pencapaian matlamat diri
•Membentuk kehidupan yang seimbang
•Mengurangkan tekanan (stress)
•Mendapat masa lapang yang lebih

Mengapa kadang-kadang kita masih rasa yg masa ini tidak cukup? Tanpa kita sedari bukan masa yg cukup tapi kita yg membazir masa. Macam mana boleh jadi macam tu?
Kenapa masa tidak cukup?
•Diri sendiri.
•Tidak boleh kata tidak.
•Tidak teratur.
•Keluk tenaga.
•Kurang minat.
•Tidak berdisiplin.

Punca-punca pembaziran masa
•Gangguan daripada kawan
•Tiada jadual kerja / belaajar yang sistematik
•Kerja tidak dirancang
•Sanggup jadi “pak sanggup”
•Tiada kemahiran bekerja /belajar
•Tiada semangat bekerja / belajar
•Tiada disiplin diri

Bila dah jadi macam ni.. Bagaimana untuk mengurus masa?
•Jangan bertangguh
•Utamakan tugas penting dahulu
•Beri peluang orang bantu
•Utamakan tugas sendiri
•Buat perancangan rapi

Sekarang aku akan terangkan kemahiran pengurusan diri secara lebih terperinci. Mula-mula kita kena tahu apa itu kemahiran pengurusan diri terlebih dahulu.
Kemahiran pengurusan diri.
1.Pengurusan masa yg efisyen.
2.Pembentukan personaliti.
3.Pengurusan stress secara berkesan.

Bagaimana mencapai insan yang cemerlang:-
Insan cemerlang:-
•Mampu mengurus diri dengan baik
•Mempraktiskan pengurusan masa yang efisyen
•Membentuk personaliti sihat
•Mengurus stress secara berkesan

4 Aspek Kemahiran Mengurus Diri Berkesan.
1.Fizikal Diri : Keseimbangan jasad lahiriah
2.Emosi Diri :  Kekuatan perasaan
3.Rohani Diri : Kesihatan dalaman
4.Mental Diri : Kekuatan minda (otak)

(A).Mengurus Fizikal Diri
i.Kebersihan diri:
Kebersihan tubuh badan- kulit, gigi, anggota sulit
ii.Fungsi pancaindera:
Lahir dan batin- mata, telinga, lidah, daya sentuh, hidung
iii.Jaga penampilan diri:
Pakaian bersih dan sesuai, perkataan, body language
iv.Jaga pemakanan:
Berzat, halal, mengikut waktu, tidak mudarat dan tidak berlebihan
v.Istiqamah riadah:
½ jam sehari. Elakkan riadah melampau dan merbahaya
vi.Kebersihan dan keselamatan tempat tinggal
Ada rumah, bilik, study table, work station, aliran udara yang baik, bersih daripada najis, perhiasan yang bermanfaat, peralatan yang membantu.

(B).Mengurus Emosi Diri
i.Jaga hati dengan sempurna
Berbuatlah baik dengan semua orang
ii.Buang sifat dendam
Jangan iri hati secara negatif  (sakit hati dengan kejayaan dan kelebihan orang lain)  
iii.Jangan rasa rendah diri dengan kekurangan atau kemiskinan diri dan keluarga
iv.Tingkatkan daya juang
Tahan tekanan.
Ingat: kita hanya tidak berdaya menahan tekanan apabila jasad kita sudah  tidak bernyawa
v.Hadapi kesusahan dan kemiskinan hidup
Kesusahan dan kemiskinan hanya sementara. Lihat orang yamg dahulunya susah sekarang sudah berjaya dan senang
vi.Suburkan sifat berlumba
Berlumbalah dengan diri sendiri, jangan berlumba dengan orang lain. Anda akan sentiasa menang jika berlumba dengan diri sendiri.

(C).Mengurus Rohani Diri
i.Kerjakan solat seolah-olah kita dapat melihat Tuhan
Ingatlah jika kita tidak dapat melihat Tuhan seseungguhnya Tuhan sentiasa melihat kita
ii.Yakin dengan kekuasaan Tuhan
Tuhan mendengar setiap permohonan hamba-hambaNYA
iii.Meletakkan pengharapan yang tertinggi kepada Tuhan
Rasa seperti permohonan kita sentiasa didengari dan dimakbulkan Tuhan. Kalau tidak segera mungkin lambat sedit. Kalau tidak didunia pasti diakhirat nanti
iv.Letakkan kebergantungan kita hanya dengan Tuhan
Yakin akhirnya Tuhan akan memberi kemenangan kepada kita yang kekal berdoa dan berusaha.

(D).Mengurus Mental Diri
i.Lahirkan otak yang cergas:
Elakkan daripada merosakkan otak seperti merokok, mengambil dadah, melihat bahan lucah, melihat najis.
ii.Timbulkan keyakinan dari kekuatan diri
Apa yang mamp difikirkan oleh otak, mampu dicapai jasad
iii.Tambah pengetahuan &tingkatkan kemahiran disiplin diri:
Sebagai pelajar, jadi pelajar cemerlang dengan pengurusan masa dan stress yang berkesan
iv.Tambah hobi yang bermanfaat :
Hobi yang memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain
v.Tambah keupayaan minda:
Berfikir dengan lebih kritikal dan rasional
vi.Luaskan perjalanan dan penggembaraan
Untuk menambahkan pengetahuan baru
vii.Ajarkan ilmu anda kepada orang lain

Inilah sedikit sebanyak yg aku pelajari dalam bab empat melalui aspek Pengurusan Diri dalam subjek Bina Insan Guru. Sekian. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan