Isnin, 25 Januari 2016

Kemahiran Komunikasi.

Pada tarikh 9/12/2015 aku belajar bab Komunikasi pula. Dalam bab ini aku belajar betapa pentingnya komunikasi dalam kehidupan seharian. Pengenalan komunikasi berasal daripada perkataan Latin yg merujuk kepada communis bermaksud sama. Komunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah common yg juga bermaksud sama. Dari segi takrifan adalah satu proses mencipta suatu keseksamaan.

Dari sudut pandangan tokoh pula ialah:-

i.Sulaiman Bakri – Komunikasi atau mesej (maklumat) dipindahkan pada penerima.
Sebagai contohnya, seseorang individu bertindak sebagai penyampai dengan menghantar maklumat/mesej kepada individu kedua sebagai penerima mesej. Kemudian individu tersebut akan memberi maklum balas kepada mesej berkenaan sebagai respon.

ii.S. Bernald Rosenbalt – Pertukaran idea, pendapat, maklumat perhubungan melalui simbol mahupun pengucapan.

iii.Howard H. Dean – Pelbagai cara menyampai fikiran dan perasaan pada khalayak ramai dan begitu juga orang lain.

iv.Harold D. Lasswel’ – Proses yg menjelaskan siapa, mengatakan apa dengan saluran apa, kepada siapa dan apa akibatnya atau hasil daripada komunikasi.

Kategori komunikasi.
1.Komunikasi Intrapersonal : bermonolog (bercakap dengan diri sendiri)
2.Komunikasi Interpersonal : bercakap dengan 2 orang dan tidak formal
3.Komunikasi Kumpulan Kecil : 10 orang kebawah dan tidak formal
4.Komunikasi Awam : 1 dan  > ramai (formal)
5.Komunikasi Massa : menggunakan media massa / saluran baru seperti telefon, facebook
6.Komunikasi Organisasi : urusan berkerja contohnya majikan dan pekerja, mesyuarat

Image result for komunikasi interpersonal kepala tegak
Contoh komunikasi awam.

Proses Komunikasi.
1.Penyampai (pemberi maklumat)
2.Penerima (penerima mesej)
3.Maklumat / mesej
4.Maklum balas
5.Saluran seperti telefon (penghubung)
6.Persekitaran (masa, tempat, jumlah orang)

Kepentingan Komunikasi Berkesan (TSI LEW C)
1.Jimat masa (Time)
Cepat, pantas, sempurna.
2.Sama hala tuju matlamat (Score)
3.Memudahkan perubahan (Change)
4.Memanfaatkan intelek manusia (Intelect)
Komunikasi verbal & non-verbal.
5.Sistem kawalan efektif (Effectiveness)
Memudahkan proses.
6.Kepimpinan berkesan (Leadership)
Dapat mengelakkan kekeliruan dalam organisasi supaya kerja dapat dilaksanakan dengan berkesan.
7.Hasil kerja berbaloi.

Faktor-faktor penghalang kepada komunikasi.
1.Faktor Dalaman.
•Emosi
•Pengalaman
•Pengetahuan
•Sikap
•Kepentingan
•Kepercayaan

2.Faktor Luaran.
•Iklim/cuaca
•Persekitaran
•Suhu
•Pencemaran bunyi
•Masa

Cara untuk mengatasi gangguan dalam komunikasi.
•Individu perlu berfikiran terbuka.
•Kepercayaan.
•Kikis segala prasangka.
•Elakkan pengalaman silam.
•Anggap setiap perkara itu penting.
•Memastikan mesej dan bahasa mudah difahami.
•Komunikasi pada masa dan cuaca  yg sesuai.
•Komunikasi pada suhu dan tempat yg sesuai.

Komunikasi terbahagi kepada dua:-
A)Komunikasi verbal
-Menggunakan kotak suara.
-Perbualan perbincangan.

B)Komunikasi non-verbal
1.Kinestetik terbahagi kepada 4 :-
i.gesture- pergerakan tangan
ii.postur-badan
iii.mimik muka – ekspresi muka
iv.eyes contact

Image result for komunikasi tangan dan muka

2.Proximite : Lingkaran peribadi / ruang peribadi

3.Paralinguistik : Intonasi yang sederhana tanpa mengeluarkan suara

4.Penampilan diri dan imej.

Kebaikan komunikasi lisan.
•Mesej dapat disampaikan dengan cepat
•Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat
•Kejujuran boleh diragui
•Lebih menyakinkan
Keburukan / kelemahan
•Mesej yang disampaikan tidak jelas
•Tiada rekod simpanan
•Mesej komunikasi tidak kekal
•Komunikasi mengambil masa yang lama

Komunikasi melibatkan:-
1.Kepercayaan
2.Konteks
3.Kandungan
4.Kejelasan

Dalam komunikasi kita perlu memastikan keempat-empat aspek ini dipertimbangkan supaya komunikasi menjadi lebih berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan