Selasa, 26 Januari 2016

Kenegaraan.

Assalamualaikum...

Image result for filem kapsul

Dalam kuliah seterusnya aku mempelajari bab kenegaraan yg merupakan bab kedua dalam subjek Bina Insan Guru. Sebelum sesi pengajaran dan pengajaran bermula aku menonton filem yg bertajuk ‘Kapsul’. Filem ini berkisarkan tentang pencapaian kemerdekaan Malaysia dari pada pelbagai peredaran zaman yg berbeza. Ianya bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga zaman pemerintahan kini, iaitu dibawah pimpinan Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Melalui kelas ini aku mempelajari maksud kemerdekaan yg sebenarnya. Kemerdekaan bermaksud pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut keadilan dan kedaulatan. Sejarah pula  merujuk kepada peristiwa lalu yang dialami oleh seseorang manusia. Seterusnya, pensyarah membuat sedikit kuiz  dalam bentuk kumpulan. Melalui kuiz tersebut membolehkan kami sebagai seorang pelajar mengingati semula apa yang telah dipelajari sebelum ini.

Image result for bendera malaysia
Sejarah pembentukan Malaysia:-
i.Mencantumkan Tanah Melayu (TM), Singapura, dan wilayah Borneo dalam konsep Persekutuan Tanah Melayu.
ii.Kesedaran bahawa TM dan negeri-negeri tersebut sukar untuk berdiri sendiri terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa.

Faktor penubuhan Malaysia:-
1.Mengelak ancaman dan pengaruh komunis
2.Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
3.Perkongsian faedah ekonomi
4.Membela masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak
5.Hak dan kepentingan kaum bumiputra

Proses pembentukan Malaysia:-
i.Proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat.
ii.Mewujudkan proses Membuat keputusan, khususnya dalam negara.
iii.Politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan sesebuah masyarakat dan kebijaksanaan memilih pemimpin.

Image result for agong

Siapakah Yang Di-Pertuan Agong:-
-Baginda merupakan Ketua Negara yang menjalankan tugas seperti:
-Tugas mengikut budi bicara
-Menjalankan tugas sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera
-Memperkenankan rang undang-undang
-Pengisytiharkan darurat
-Memberikan kuasa pengampunan
-Memainkan peranan didalam dan diluar negara
-Memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak

-Patriotisme-
Patriotisme bermaksud semangat cintakan tanah air. Mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan Negara yang seterusnya mengangkat maruah dan martabat negara di pentas global.

-Kedaulatan-
Kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara moden.

-Maruah-
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, maruah bermaksud kehormatan diri, harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat keberanian, kegagahan serta kekuatan untuk mengelak daripada dibuli, dipijak atau dipermaikan oleh orang lain.

Semangat patriotisme, kedaulatan dan maruah boleh dipupuk melalui beberapa aspek.
Antaranya adalah :
1.Tidak memisahan tempat tinggal terutama sekali dalam sesebuah taman.
2.Tumpuan sektor ekonomi yang seimbang semua kaum.
3.Tiada pengasingan sistem pendidikan dan semua bercirikan kebangsaan.
4.Membuang fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.
5.Didikan kerohanian yang baik walaupun perbezaan kepercayaan atau agama .

-Integriti-
Kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun sesebuah kumpulan dalam kumpulan yang dibina. Integriti dikatakan berkait rapat dengan etika. Mengikut Pelan Integrasi Nasional (PIN 2014), Integrasi sesuatu yang mencerminkan etika dalam tindakan sehari-hari. Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, integriti bermaksud keutuhan, kejujuran, ketulusan, kesempurnaan.

Faktor Yang Menjejaskan:-
•Kelemahan individu
•Sistem dan prosedur
•Kepimpinan
•Budaya

Kesimpulan.
Pengurusan integriti, akauntabiliti, moral dan etika penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan oleh setiap individu. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan dalam kehidupan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Ia memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu perkara dan juga merupakan pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang awam ke atas perkhidmatan yang dilaksanakan. kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memupuk semangat patriotisme dalam diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan