Kita adalah insan.
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada yang esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh dihati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba yang esa.
Insan dan Unsur – Unsur Kejadian Insan.
Apakah itu insan dan unsur – unsur kejadian insan?
Insan.
Insan adalah dari perkataan arab iaitu ‘nisyan’ yang bermaksud kelupaan. Pada zahirnya setiap manusia pada sememangnya seorang yang pelupa. Walaupun begitu, manusia lebih hebat dan mulia daripada segala makhluk yang ada didunia ini. Hal ini kerana manusia dikurniakan akal dan fikiran yang dapat digunakan untuk berfikir. Kita juga adalah spesis ciptaan tuhan yang paling sempurna. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan insan dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (surah al-tin, ayat 4). Kesempurnaan yang dikurniakan dalam kejadian manusia menurut al-Quran: “Tuhan yang telah menciptamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan kamu seimbang. Dan dalam apa sahaja bentuk dan rupa yang dikehendaki-Nya, Dia menyusun kejadianmu.” (surah al-infitar, ayat-ayat 7-8).
Sumber utama dalam ajaran Islam tentang insan ialah Kitab suci al-Quran. Sumber utama pandangan tamadun Barat moden pula tentang manusia ialah ilmu sains yang sudah dipengaruhi oleh beberapa kepercayaan dan ideologi falsafah yang diperolehi daripada beberapa ahli falsafah.. Dalam Islam konsep manusia adalah bersumberkan agama manakala dalam tamadun Barat moden bersumberkan falsafah dan sains yang dihasilkan oleh akal fikiran semata – mata. Manusia bukan hasil proses evolusi seperti yang didakwa oleh teori evolusi biologi moden. Dalam tamadun Islam, peranan falsafah dan sains ialah untuk memperhalusi lagi ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Quran.
Kita semua adalah insan didunia ini. Tujuan kita disini adalah untuk menjadi seorang khalifah (pemimpin).
Sebagaimana yang kita tahu pada hakikatnya Allah sangat kasih dan sayang akan semua makhluk yang berada di atas muka bumi ini terutamanya manusia. Oleh kerana itu, Dia menjadikan manusia makhluk ciptaan-Nya yang terbaik jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. Kemulian yang paling tinggi dan kedudukan yang istimewa apatah lagi jika manusia itu adalah terdiri daripada orang-orang yang beriman dan taqwa kepada-Nya. Kita seharusnya mencari keredhaan Allah supaya hidup didunia ini lebih diberkati – Nya.

Unsur – unsur Kejadian Insan.
Empat unsur dalam diri manusia.
-Fizikal.
-Roh.
-Nafsu.
-Akal.
-Fizikal.
-Roh.
-Nafsu.
-Akal.
Kejadian manusia terbahagi kepada dua unsur utama. Kedua – dua unsur ini saling berkait rapat antara satu sama lain iaitu unsur jasmani dan unsur rohani. Kejadian manusia terbahagi kepada dua unsur utama iaitu:-
1. Unsur Jasmani
Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan segumpaltulang belulang. Kemudian tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Dan sesudah itu Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. maka Maha sucilah allah pencipta yag paling baik."
(Al-Mukminun:2, 13 dan 14)

Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa kejadian manusia itu berasal daripada tanah. Oleh kerana ia berasal daripada tanah, maka segala tuntutan dan keperluannya hidupnya juga bersifat daripada tanah, juga ia memerlukan makan dan minum, pakaian dan perhiasan bagi menyempurnakan kehidupannya.
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa asal kejadian manusia itu adalah daripada tanah - air mani (rahim) - segumpal darah - segumpal daging - tulang yang bersalut daging dan kulit kemudian diberikan nyawa dan akhir sekali lahirlah ia di dunia ini menjadi manusia yang boleh bercakap dan berfikir dan seterusnya menjana kehidupan sehingga tiba hari kematiannya.
Begitulah proses kemudian ini sehingga sampai ke alam kubur dan hari akhirat untuk ditentukan oleh Allah pembalasannya samada syurga atau neraka.
Firman Allah SWT:
Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperolehi (balasan) yang lebih baik daripadanya. Dan mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari kejutan yang dahsyat pada hari itu. Dan barangsiapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka.Tiadalah kamu dibalasi melainkan (setimpal) dengan apa yang kamu dahulu kerjakan."
(Al-Naml:89-90)

2. Unsur Rohani
Firman Allah SWT:
"Dan apabila Aku (Allah) sempurnakan kejadian-Nya seerta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu merendahkan diri."
"Dan apabila Aku (Allah) sempurnakan kejadian-Nya seerta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu merendahkan diri."
(Al-Hijr:29)
Secara ringkasnya amatnya jelas dan nyata bahawa unsur rohani adalah menjadi sebahagian daripada diri kita kerana tanpanya kita tidak boleh dikatakan hidup. Allah yang menjadikan roh, kemudian roh itu ditiupkan ke dalam jasad. Allah tidak menceritakan bagaimanakah rupa roh itu dan begaimanakah roh ditiupkan ke dalam diri kita secara terperinci kerana itu adalah rahsia Allah dan urusan-Nya.
Walau bagaimanapun ada riwayat menyatakan tentang ruh ketika hendak dimasukkan ke dalam jasad nagi Adam a.s yang akan diterangkan dalam bab selepas ini. Lantaran itu, kita tidak seharus dan selayaknya mempersoalkan tentang roh kerana yang pastinya kita tidak akan menemui jawapannya yang tepat bagaimanakah rupa roh itu sendiri. Kita juga tidak seharusnya menggunakan akal fikiran atau memaksa akal untuk memikirkan tentang persoalan roh tanpa berlandaskan kepada keterangan daripada Al-Quran dan Hadis.
Sebagaimana unsur jasmani yang mempunyai keperluannya sendiri maka rohani juga memerlukan keperluannyua supaya ia menjadi sihat dan cergas. Jasmani memerlukan tuntutannya yang tersendiri seperti makan dan minum, begitu jugalah rohani memerlukan tuntutan yang berbentuk pengabdian diri dan taat kepada penciptanya. Keperluan rohani amat jelas berbeza dengan keperluan jasmani iaitu dengan melakukan amalan seperti sembahyang, berzikir, membaca al-Quran dan segala bentuk amalan kebaikan dan kebajikan yang membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah. Memenuhi keperluan rohani adalah satu kewajiban kepada kita bafi menyihatkan dan menyegarkannya.
Firman Allah SWT:
"Adakah manusia mengira bahawa dia akan dibiarkan percuma sahaja? Bukankah asalnya dari setitik air yangdipancarkan? kemudian Dia menjadi makhluk yang sempurna? Makan Allah jadikan dari air itu menjadikan sepasang manusia yang terdiri daripa lelaki dan perempuan. Apakah Tuan yang demikan itu tidak sanggup menghidupkan kemapali orang yang telah mati....?"
(Al-Qiyamah:36-40)

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunlah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan sesungguhny rugilah orang-orang yang mengotorkannya."
(As-Syamsi:8-10)

Kesimpulan.
1.Pembangunan insan dalam Islam adalah pembangunan yang menghayati maqasid al-shari’ah (tujuan-tujuan syariat Ilahi), khususnya lima tujuan pokok Syariat Islam, iaitu
i. memelihara agama;
ii. memelihara akal;
iii. memelihara nyawa;
iv. memelihara keturunan; dan
v. memelihara harta.
ii. memelihara akal;
iii. memelihara nyawa;
iv. memelihara keturunan; dan
v. memelihara harta.
2. Dengan terjaminnya kelima-lima perkara ini maka barulah terjamin kesejahteraan dan keadilan masyarakat dan dengan itu juga terjaminnya pembangunan insan yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan