Bahagian 1.
Pengenalan.
Apa itu bina insan guru?
Pada awalnya aku sendiri pun tak mengerti apa maksud B.IG tu, tapi bila pensyarahku menerangkanya baru aku faham akan maksud B.I.G. B.I.G membawa maksud bina insan guru. Apa itu bina insan guru? Bina insan guru adalah suatu program dan pelajaran yang perlu dipelajari oleh setiap insan yang bernama guru. Apa tujuan ia dijalankan? Tujuan B.I.G ini dijalankan untuk membantu dalam pembinaan insan guru kearah yang lebih positif. Terutamanya dalam aspek akhlak, semangat juang, kekuatan fizikal dan mental, dan manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling selaras dengan nilai perguruan. Ia menekankan unsur unsur bermoral dan beragama sebagai fokus utama. Segala pengisian yang dijalankan selaras dengan asas pembinaan insan guru.
Terdapat beberapa objektif utama dalam pembinaan insan guru:-
1. Memupuk kesediaan berbakti secara sukarelawan kepada komuniti.
2. Membina hubungan sosial dengan masyarakat setempat.
3. Memupuk semangat berkerjasama dan kerja bersepasukan.
4. Melatih para pelajar supaya lebih peka terhadap komuniti, persekitaran, budaya, taraf hidup dan keperluan pendidikan komuniti.
5. Memberi pendedahan awal para pelajar dengan pelbagai persekitaran komuniti.
Dalam beberapa bulan lagi aku akan menyertai sebuah kem iaitu kem bina insan guru. Aku akan sambung bercerita lagi mengenai bina insan guru secara lebih mendalam. Setakat ini sahajalah serba sedikit pengenalan mengenai bina insan guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan