Assalamualaikum.. Haa.. Hari ni aku belajar komunikasi interpersonal. Hah? Komunikasi interpersonal? Apa tu?.. Komunikasi Interpersonal merupakan proses interaksi antara manusia, dimana manusia berfikir, bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka. Ia melibatkan dua pihak. Komunikasi interpersonal adalah dinamik iaitu luas dan mempunyai makna tersirat. La.. komunikasi antara individu dengan individu lain atau individu yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain rupanya.
Terdapat 2 Ciri Komunikasi Interpersonal. Pertama, peringkat maklumat iaitu fakta, idea dan pandangan. Kedua, peringkat perhubungan iaitu perasaan, sikap dan nilai.
Terdapat 2 Ciri Komunikasi Interpersonal. Pertama, peringkat maklumat iaitu fakta, idea dan pandangan. Kedua, peringkat perhubungan iaitu perasaan, sikap dan nilai.
Pra syarat komunikasi interpersonal :-
- Membina hubungan sosial – memahami dan menghormati unsur sosio budaya
- Wacana ilmu – membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu
- Perundingan – mencapai persetujuan bersama
- Kerjaya – dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalisma
- Komuniti – memahami, menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti.
- situasi menjadi ceria
- Bimbingan – membantu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain
Kenal pasti Pra syarat komunikasi :-
Perlakuan menyekat :
Perlakuan menyekat :
- Mengarah & memerintah
- Amaran dan ancaman
- Beri nasihat – harus/ tidak harus
- Beri penjelasan / cadangan
- Mengejek/ melebel nama
Perlakuan menolong :
- Senyap
- Respon yang minima
- Kedudukan fizikal badan
- Menggalakkan (meluahkan perasaan / bercakap)
Komunikasi interpersonal ni ada zonnya tau.
Zon jarak komunikasi interpersonal.
Zon Intim
-15Ccm -46cm
-pasangan dan keluarga
-15Ccm -46cm
-pasangan dan keluarga
Zon Peribadi
-46cm-1.2m
-kawan dan sahabat
-46cm-1.2m
-kawan dan sahabat
Zon Sosial
-1.2m – 3.6m
-membeli-belah, terima surat dari posman
-1.2m – 3.6m
-membeli-belah, terima surat dari posman
Zon Awam
-3m – 6m
-ceramah / kuliah
-3m – 6m
-ceramah / kuliah
Definisi Mendengar
Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengari dalam pelbagai situasi.
Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengari dalam pelbagai situasi.
Tiga Peringkat mendengar
1.Awal
2.Pertengahan
3.Maju
Dalam mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan. Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa yang diperkatakan melibatkan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengar. Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif. Mendengar tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja.
Sebagai panduan, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :-
1. Intensif.
2. Empati.
3. Membina kemahiran mendengar yang efektif.
4. Membina kemahiran bertindak balas.
1. Intensif - Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat. Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar.
Otak manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.
2. Empati - Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur.
Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai brcakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia emberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.
Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai brcakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia emberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.
3. Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif - Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif. Antaranya ialah :
i. Mengadakan interaksi secara berhadapan.
ii. Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan.
iii. Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya.
iv. Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.
v. Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.
vi. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar.
vii. Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar.
4. Membina Kemahiran Bertindak Balas - Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta- merta terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki .
Selain itu, menjadikan tindak balas tersebut sesuatu yang tidak formal dengan tidak mengkritik orang lain secara individu atas sesuatu kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang membina dan dapat diterima oleh penutur. Hal ini juga dikatakan tindak balas yang positif dalam kemahiran mendengar.
Untuk membina kemahiran bertindak balas secara positif, seseorang itu perlu menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa supaya tindak balas tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar.
Ciri-ciri pendengar yang baik :
- Dengar idea utama yang dipilih
- Bertenang, kawal emosi, dan hargai emosi orang lain
- Wujudkan persekitaran yang positif
- Catat nota
- Dengar dan nilai mesej
- Beri maklum balas
- Soal bila perlu
- Bermotivasi dalam komunikasi yang diwujudkan.
Mendengar Secara Aktif
Melibatkan dua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.
- Aktif- agresif, cergas
- Intensif – seorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat
- Empati – mendalamai perasaan orang lain / menganggap diri mereka penutur
- Efektif – kesan percakapan
- Tindak balas – tindak balas yang positif
Tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar.
Interprestasi Bahasa badan
Bahasa badan :-
- Berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
- Kandungan boleh menunjukkan maksud
- Yang tersirat sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi
1 – komunikasi tangan – tangan dan muka / tangan bersalaman

2- komunikasi muka – senyuman / renungan mata
3 - komunikasi kepala
Contoh komunikasi muka iaitu melalui senyuman.
Say cheeses..
Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas ini menunjukkan senyuman untuk orang yg dikenali. :)