Rabu, 27 Januari 2016

Kemahiran Interpersonal

Assalamualaikum.. Haa.. Hari ni aku belajar komunikasi interpersonal. Hah? Komunikasi interpersonal? Apa tu?.. Komunikasi Interpersonal merupakan proses interaksi antara manusia, dimana manusia berfikir, bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka.  Ia melibatkan dua pihak. Komunikasi interpersonal adalah dinamik iaitu luas dan mempunyai makna tersirat. La.. komunikasi antara individu dengan individu lain atau individu yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain rupanya.
 
Terdapat 2 Ciri Komunikasi Interpersonal. Pertama, peringkat maklumat iaitu fakta, idea dan pandangan. Kedua, peringkat perhubungan iaitu perasaan, sikap dan nilai.

Pra syarat komunikasi interpersonal :-
  • Membina hubungan sosial – memahami dan menghormati unsur sosio budaya
  • Wacana ilmu – membantu mendalami pelbagai disiplin ilmu
  • Perundingan – mencapai persetujuan bersama
  • Kerjaya – dapat menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalisma
  • Komuniti – memahami, menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti. 
  • situasi menjadi ceria
  • Bimbingan – membantu menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain


Kenal pasti Pra syarat komunikasi :-
Perlakuan menyekat :                                                                         
  • Mengarah & memerintah                                                              
  • Amaran dan ancaman 
  • Beri nasihat – harus/ tidak harus
  • Beri penjelasan / cadangan
  • Mengejek/ melebel nama

Perlakuan menolong :
  • Senyap
  • Respon yang minima
  • Kedudukan fizikal badan
  • Menggalakkan (meluahkan perasaan / bercakap)
Mendengar dengan aktif
Komunikasi interpersonal ni ada zonnya tau.

Zon jarak komunikasi interpersonal.
Zon Intim
-15Ccm -46cm
-pasangan dan keluarga

Zon Peribadi
-46cm-1.2m
-kawan dan sahabat

Zon Sosial
-1.2m – 3.6m
-membeli-belah, terima surat dari posman

Zon Awam
-3m – 6m 
-ceramah / kuliah

Definisi Mendengar
Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengari dalam pelbagai situasi.

Tiga Peringkat mendengar
1.Awal
2.Pertengahan
3.Maju

   Dalam mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan. Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa yang diperkatakan melibatkan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengar. Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif. Mendengar tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja.

Sebagai panduan, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :-
1. Intensif.
2. Empati.
3. Membina kemahiran mendengar yang efektif.
4. Membina kemahiran bertindak balas.

1. Intensif - Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat. Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar.
Otak manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.

2. Empati - Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur.
Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai brcakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia emberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.

3. Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif - Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif. Antaranya ialah :
i. Mengadakan interaksi secara berhadapan.
ii. Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan.
iii. Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya.
iv. Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.
v. Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.
vi. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar.
vii. Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar.

4. Membina Kemahiran Bertindak Balas - Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta- merta terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki .

    Selain itu, menjadikan tindak balas tersebut sesuatu yang tidak formal dengan tidak mengkritik orang lain secara individu atas sesuatu kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang membina dan dapat diterima oleh penutur. Hal ini juga dikatakan tindak balas yang positif dalam kemahiran mendengar.

   Untuk membina kemahiran bertindak balas secara positif, seseorang itu perlu menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa supaya tindak balas tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar.

Ciri-ciri pendengar yang baik :
  • Dengar idea utama yang dipilih
  • Bertenang, kawal emosi, dan hargai emosi orang lain
  • Wujudkan persekitaran yang positif
  • Catat nota
  • Dengar dan nilai mesej
  • Beri maklum balas
  • Soal bila perlu
  • Bermotivasi dalam komunikasi yang diwujudkan.


Mendengar Secara Aktif 

Melibatkan dua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.
  • Aktif- agresif, cergas
  • Intensif – seorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif  kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat
  • Empati – mendalamai perasaan orang lain / menganggap diri mereka penutur
  • Efektif – kesan percakapan
  • Tindak balas – tindak balas yang positif
Mendengar Secara Pasif

Tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar.
Interprestasi Bahasa badan

Bahasa badan :-
  • Berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
  • Kandungan boleh menunjukkan maksud 
  • Yang tersirat sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi
Jenis komunikasi :-
1 – komunikasi tangan – tangan dan muka / tangan bersalaman



2- komunikasi muka – senyuman / renungan mata

Image result for komunikasi tangan dan muka

3 - komunikasi kepala

Image result for komunikasi interpersonal kepala tegak

Contoh komunikasi muka iaitu melalui senyuman.

Say cheeses.. 
Image result for smile teeth woman
Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas ini menunjukkan senyuman untuk orang yg dikenali. :)

Kemahiran Kerja Berpasukan.

Assalamualaikum.. Bertemu kembali.. Kemahiran kerja berpasukan ini adalah bab yg terakhir iaitu bab ketujuh. Tak sangka pejam celik dah sampai bab terahkir dah. Jadi mari kita belajar tentang kemahiran kerja berpasukan. Mula-mula aku belajar tentang konsep.

Image result for team work

Ini Adalah Konsep Pasukan.
Konsep pasukan bekerja merupakan perubahan yang perlu dilakukan oleh pemimpin untuk menggerakkan aktiviti organisasi. Pasukan yang kuat sangat penting untuk menghadapi berbagai cabaran yang semakin kompleks. Pelanggan memerlukan perkhidmatan cekap dan berkesan. Konsep ini sering dikaitkan dengan persamaan, tenggungjawab, dan perkongsian visi.

Ini Pula Definisi Pasukan.
Pasukan merujuk satu unit kumpulan orang yang mempunyai dua atau lebih ahli yang saling berinteraksi dan dan menyelaras kerja-kerja mereka untuk mencapai matlamat bersama.

Model Pasukan Berkesan.
Model pasukan berkesan adalah keberkesanan pasukan bekerja bergantung kepada hasil kerja iaitu output yang produktif, kepuasan individu dan kemampuan untuk belajar serta menyesuaikan dengan persekitaran.

Faktor-Faktor Keberkesanan Pasukan
Faktor keberkesanan pasukan bekerja dipengaruhi oleh konteks organisasi iaitu struktur formal, persekitaran, budaya, stratergi, ganjaran, dan sistem kawalan.

Bila sudah ada pasukan mestilah ada peranannya. Tapi apa yg perlu dilakukan? Ha.. jom baca ni.
Pemimpin dalam pasukan perlu menggunakan bakat dan kemahiran setiap ahli dalam pasukan untuk berprestasi tinggi.

   Peranan ini haruslah berorientasikan penglibatan dan orientasi tindakan. Ini bermakna setiap ahli perlulah menjadi pelaksana, bersifat kritis, penyudah terbaik, koordinator, siasat sumber, pencipta, penilai dan pakar dalam bidang diceburi (Belbin, 1985).

Lepastu nak buat apa pulak ye..
Ini dia.. Tindakan Pengurusan Pasukan. Hmm.. macam mana tu.
1.Pengurusan harus prihatin terhadap pembangunan pasukan.
2.Membantu tanpa syarat, sediakan maklumat, membentuk struktur yang boleh berubah, terangkan matlamat, perkongsian kuasa, membentuk kemahiran ketua pasukan, memantapkan sosialisasi ahli dalam pasukan.

Okay. Settle bab pasukan.
Tapi jangan lupa bila ada pasukan mesti ada ketua.

Apa ciri ketua yg baik?
1.Fokus kepada pengiktirafan dan ganjaran pasukan
2.Meningkatkan kepercayaan ahli pasukan
3.Kenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pasukan
4.Pastikan pasukan berubah dengan pantas
5.Galakkan dan dorongan kepada ahli
6.Iktiraf kebolehan ahli dalam pasukan
7.Terima pendapat sepasukan
8.Sediakan cabaran pasukan yang perlu dicapai
9.Sediakan maklumat yang betul dan tepat kepada pasukan

Wah banyaknya.. bukan senang nak jadi ketua ni tau.
Pasukan ni ada banyak jenisnya. Antara jenis pasukan ialah:-

1.Pasukan formal_Terbentuk dalam struktur organisasi. 2 jenis pasukan yang biasa ditemui ialah pasukan menegak dan pasukan mendatar.

2.Pasukan arahan_Membolehkan para pekerja terlibat dalam proses membuat keputusan dalam bidang pekerjaan mereka.

3.Pasukan tujuan khas_Memainkan peranan sebagai pelaksana projek-projek khas. Pasukan ini juga disebut sebagai pasukan projek untuk melaksanakan sesuatu projek baharu atau menyelesaikan masalah besar. Kebanyakan pemimpin suka menggunakan kumpulan ini bagi melaksanakan visi dan misi organisasi.

4.Pasukan maya_Sebagai pasukan yang menguruskan rangkaian dalam bidang menguruskan maklumat dan teknologi komunikasi.

5.Pasukan global_Wujud untuk perniagaan seluruh dunia. Pasukan ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu pasukan pelbagai budaya dan pasukan global.

Bila ada pasukan dan ketua, mesti faham ciri-ciri pasukan berkesan.
1.Perkongsian Tujuan dan Matlamat
2.Kepimpinan
3.Jelaskan kemahiran dan tanggungjawab ahli
4.Menyediakan peraturan sebagai panduan.
5.Komunikasi terbuka
6.Kempinan dikongsi
7.Hapuskan virus konflik
8.Percaya antara satu sama lain
9.Kerap menilai pasukan kerja
11.Beri ganjaran antara satu sama lain
10.Membentuk jaringan

Setiap pasukan mesti ada cabarannya. Jom kita lihat apa cabaran itu.

Cabaran menguruskan pasukan.
Membentuk dan menguruskan pasukan yang dinamik bukanlah suatu perkara yang mudah. Kepada golongan profesional mereka memerlukan 4 perkara penting untuk menggerakkan pasukan.
-Kesediaan menerima pelbagai pendapat, maklumat dan pendekatan.
-Kebebasan membuat pilihan tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
-Memberi keupayaan untuk membuat keputusan berdasarkan keilmuan.
-Terdapat ruang untuk menerbitkan karya-karya berasaskan pandangan peribadi.

Personaliti dalam kumpulan.
Banyaknya karenah dalam organisasi perlu diatasi dengan sebaik mungkin. Masalah organisasi sering dikaitkan dengan masalah personaliti dan komunikasi.

Kesimpulan.
Kesimpulan yg dapat aku buat ialah setiap kerja yang dilakukan secara berkumpulan hasilnya lebih baik daripada kerja yang dilakukan secara berseorangan dan bersendirian.

“Kita Mulai Perjuangan Dari Masjid, Selama Ini Kita Lalai Memerhatikan Masjid Kerana Sibuk Di Parlimen” -Hamka

Untuk membentuk pasukan yg baik kita seharusnya mempunyai visi dan misi yg jelas supaya kesefahaman antara ahli dapat diwujudkan. Hali ini juga bagi menjamin matlamat pasukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. oleh itu, kita harus memahami visi dan misi supaya segalanya berjalan dengan lancar. kita juga harus mengenali potensi setiap ahli supaya tiada lagi 'sleeping partner'. Hal ini bagi menjamin setiap ahli dapat menyumbang potensi serta bakat masing-masing.

Image result for logo kpakk

Berikut merupakan visi dan misi kolej aku:-

Visi:-
Untuk menjasi sebuah institusi kempimpinan dan pilihan.

Misi:-
Untuk memupuk pemimpin yang berpengetahuan, mahir dan berperwatakan.

Kem Bina Insan Guru

Assalamualaikum dan syukur kehadrat ilahi kerana dapat menyambung menulis blog ini lagi. Sebelum ini aku telahpun menerangkan serba sedikit pengenalan mengenai bina insan guru. Dan sekarang aku sudahpun merasai pengalaman semasa kem bina insan guru ini. Kem ini disertai 43 orang pelajar yang bertempat di Nur Lembah Pangsun di Hulu Langat, Selangor. Kami ditemani oleh pensyarah kami Encik Hazwan, Cik Tina, Cik Nadia, Encik Zaim, Encik Omar, Encik Fahmi & Encik Jo selaku fasilitator kami.

Nur Lembah Pangsun merupakan penginapan kami sepanjang kem ini berlangsung.

Image result for nur lembah pangsun

Hari pertama..

Pada hari pertama kami memulakan dengan sesi pendaftaran dan kami berkumpul di Dewan Mustafa Kamal (MK hall) untuk mendengar sedikit taklimat daripada Encik Haslan. Kami juga disediakan sandwich sebagai sarapan pagi. Setelah bas tiba, kami beratur menuju ke bas dan terus mengisi bagasi dan masuk ke dalam bas untuk memulakan perjalanan.
Setibanya disana kami makan makanan tengah hari yang sediakan. Setelah usai makan, kami terus ke surau untuk mengerjakan solat zohor. Kami berkumpul di Dewan Tashyir untuk sesi 1, mendengar taklimat daripada wakil kem iaitu Encik Roy dan seterusnya sedikit pesanan daripada pensyarah kami Encik Hazwan. Kemudiannya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian dorm. Aku ditempatkan didorm no.9 bersama-sama rakan sekelasku Syida, Kak Ton & Kak I’ssyah yg merupakan akak daripada Kohort B. Ketika itu kami meletakkan bagasi kami didorm dan kembali semula ke dewan. Sekembalinya didewan kami dikenalkan dengan Encik Zaim sebagai fasilitator bagi memulakan sesi 2, ‘ice breaking’ dan pembentukan kumpulan. Kumpulan aku adalah kumpulan mangosteen. Terdapat juga kumpulan kiwano, strawberry, papaya, coconut dan tembikai. Usai aktiviti tersebut kami balik ke dorm, solat asar dan minum petang bersama. Kami membersihkan diri, solat maghrib secara berjemaah dan juga solat isya’ dan makan malam. Kami membentuk visi dan misi kepimpinan berkumpulan yg sebelumnya mendengar sedikit taklimat disampaikan oleh Cik Tina. Kemudian, Sesi 3, iaitu kolam jiwa menerusu slot kerohanian yg menyentuh mengenai dosa dan amalan didunia. Slot ini sedikit sebanyak melahirkan keinsafan dalam menyelami kehidupan melalui penyucian hati. Hati diibaratkan sebagai sebekas kaca yg berisi air. Apabila kita melakukan kesalahan ia seperti setitis dakwat hitam yg boleh mengelapkan hati. Tetapi ia boleh disucikan dengan amalan kebaikan. Hari pertama berakhir dengan refleksi, minum malam dan rehat.

Hari kedua..

Pada hari kedua, aku bangun awal untuk bersiap-siap ke surau untuk berqiamulail, solat subuh dan mendengar sedikit tazkirah. Tazkirah disampaikan adalah mengenai surah Al-Fatihah. Kemudian kami melakukan sedikit senaman pagi dan sarapan bersama. Kemudian sesi 4, kuliah kemahiran kerja berkumpulan. Sekali lagi kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan membentuk kumpulan baru. Sesi 5, iaitu aktiviti pond ruffting. Kami diberi tunjuk ajar untuk membina rakit, penerangan memakai jaket dan teknik berenang menggunakan jaket keselamatan. Aktiviti pond ruffting dimulakan setelah wisel ditiupkan. Pada awalnya aku berasa amat gementar tapi melihatkan kesungguhan ahli kumpulan aku mula bersemangat. Walaupun kumpulan aku mendapat tempat yg terakhir, aku tetap rasa puas dapat menghabiskan permainan. Kerjasama antara kami itu yg paling penting kerana pada permulaannya rakit kami asyik berpusing.. tapi bila kami sudah biasa semuanya menjadi okay. Inilah pengalaman pertama aku menyertai aktiviti sebegini. Kegembiraan yg kurasa memang sukar untukku gambarkan. Setelah selesai sedikit taklimat diberikan untuk panduan kami semua. Kami kembali ke dorm membersihkan diri, maklumlah habis satu badan basah.. sejuk.. dan minum pagi. Sesi 6 pula bertajuk ‘The secret of seven s’. kemudian makan tengahari, siap diri dan solat zohor berjemaah. Sesi 7 komunikasi berkesan. Disamping, tugasan untuk malam kebudayaan, minum petang dan solat asar. Pada sesi 8 iaitu aktiviti R.A.T (Race Against Time). Pada sesi ini kami mempraktikkan ‘seven s’ dalam permainan ‘pass’ bola. Dua kumpulan besar dibentuk dan kami perlu memastikan kami mencapai ‘score’ kami melalui masa yg diberi. Seterusnya, persiapan diri untuk malam kebudayaan, solat maghrib, tazkirah dan solat isya’. Sesi 9 adalah berbudaya cara kita. Pada waktu ini kami dibahagikan tugasan bagi menjayakan sebuah majlis perkahwinan. Kumpulan aku dipilih menjadi kumpulan mak long. Dalam kumpulan kami terdapat seorang pengantin perempuan. Majlis perkahwinan raikan bersama seperti rombongan meminang, akad nikah, bersanding dan makan beradab. Sesi 10 dari hati ke hati. Persembahan dilakukan oleh setiap kumpulan dengan penuh bertenaga dan mendapat komen dari juri. Kami makan malam beramai-ramai dan rehat.

Hari ketiga..

Hari ketiga merupakan hari terakhir kami disini. Kami bangun awal untuk memulakan solat subuh dan mendengar tazkirah subuh. Seterusnya, kembali ke dorm untuk mempersiapkan diri sebelum melakukan riadah pagi dan makan sarapan pagi. Pada sesi 11 ialah station game. Dalam kumpulan yg dibentuk kami perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen yg lain dengan melakukan aktiviti yg berlainan. ‘Seven s’ diguna pakai bagi melakukan aktiviti ini. Kerjasama dan semangat berpasukan juga dihidupkan bagi melakukan aktiviti yg telah diaturkan kepada kami. Pada setiap stesen kami terima pelbagai input yg berguna. Kemudiannya aktiviti satu kumpulan besar untuk membuat tiang bendera. Kami perlu memastikan setiap bendera dipuncak. Disini komunikasi amatlah penting. Malangnya, kami tidak berjaya melakukannya. Sesi 12 pula i-Frame. Kami juga minum pagi dan menyiapkan diri untuk berkemas pulang. Kami berkumpulan didewan untuk majlis penutup. Sebelum itu kami meletakkan penghargaan pada sampul surat untuk setiap orang yang kami ingini. Semasa majlis penutup ini turut disertakan dengan majlis penyampaian hadiah. Aku dan kumpulanku memenangi tempat ketiga, kumpulan paling amanah dan kumpulan paling bertenaga. Ucapan penutup juga disampaikan bagi mengakhiri Kem Bina Insan Guru 2016. Pelbagai penghargaan juga telah diberikan. Kami turut bergambar beramai-ramai sebelum pulang ke kolej.

-Tamat-

Apa yang didapati melalui kem ini adalah:-

1.Semangat dalam berkerjasama dan kerja berpasukan.
Perkara ini jelas dapat dilihat apabila kami dibentukkan kepada beberapa kumpulan. Kami perlu bekerjasama bagi memastikan segala aktiviti yg diberikan dapat kami laksanakan dengan baik.

2.Membina hubungan sosial dan silaturahim antara satu sama lain.
Dalam hal ini kami perlu membina hubungan yang baik semasa sendiri bagi membentuk hubungan sosial antara satu sama lain.

3.Memberi pendedahan awal kepada para pelajar dengan pelbagai persekitaran komuniti.
Kami di tempat yang asing bagi kami supaya kami dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Hal ini bagi memastikan supaya kami sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang harus kami tempuhi.

4.Melatih para pelajar supaya lebih peka terhadap komuniti, persekitaran, budaya, taraf hidup dan keperluan pendidikan komuniti.
Kami ditempatkan ditempat yg dikeliling alam semula jadi.

5.Memberi pendedahan awal para pelajar dengan pelbagai persekitaran.
Disini kami diuji dengan pelbagai jenis persekitaran. Antaranya, aktiviti darat dan air. Ia menguji fizikal dan juga mental kami.

Segala yg aku peroleh sepanjang kem ini amatlah berguna. Pelbagai manfaat yg aku peroleh dan semuanya memberi motivasi kepadaku. Pengalaman ini sedikit sebanyak membuka mata aku mengenai Bina Insan Guru. Bukan itu sahaja, aku juga dapat mengenali dengan lebih rapat dengan rakan taulan. Diharap aku dapat menyertai kem sebegini lagi pada masa akan datang. Tidak lupa juga jutaan penghargaan kepada semua yg terlibat dalam menjayakan kem kali ini. Ribuan ucapan terima kasih kepada semua. Sekian :)

Image result for kata-kata semangat untuk berjaya

Selasa, 26 Januari 2016

Motivasi Diri.

Bab ketiga bab motivasi diri. Definisi motivasi ini adalah keadaan dalaman yang menggerak dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Motivasi berasal daripada perkataan latin iaitu movere (menggerak).
“kesungguhan mencapai matlamat”

Image result for motivation
MOTION (Kata akar emosi @ motif yang wujud) + ACTION (Tingkahlaku/tindakan) = MOTIVATION

Motif - Merujuk kepada keadaan atau proses mental (pemikiran) yang berkaitan dengan matlamat atau tujuan untuk memenuhi atau memuaskan keperluan.

Dorongan - Gerak kuasa menggerak (menolak tingkahlaku) untuk mencapai matlamat.

Tingkah laku - Tindakan atau aktiviti untuk memenuhi keperluan (agar motif tercapai).
Mari kita baca kata-kata ini..
"Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar”  Saidina Ali Abi Talib.

Sekarang mari kita fahamkan apa itu potensi diri..
•Potensi Diri
Potensi adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Potensi boleh dibayangkan dan boleh diserlahkan kewujudannya dengan bertindak sesuatu terhadap puncanya.
Potensi diri ini juga mempunyai penghalangnya..
Penghalang Kepada Potensi Diri:-
1.Lemah dalam pengurusan diri sendiri
2.Kritik patologi
3.Tidak faham maksud cabaran dalam hidup

Penting ke untuk kita menilai potensi diri?
Penting! Hal ini kerana kita perlu menyedari minat, bakat, kemahiran, kebolehan, perangai, dan juga kekuatan diri. Lantaran itu, kita dapat melihat kelebihan dan kelemahan diri supaya kita dapat memperbaiki segala kekurangan yg ada.

Potensi perlu ada matlamat. Apa rahsianya?
Seven secret of success.
√Score
√Skill
√Strategy
√Spirit & support
√Space
√Speed
√Spiritual

Image result for seven secret of success

Kesimpulan.
Setiap pagi melihat diri kita di dalam cermin. Tanya pada diri sendiri, adakah saya suka melihat apa yang saya lihat? Yang kita lihat di dalam cermin itu ialah diri kita sendiri. Tanamkan dalam minda sendiri dengan berkata “Dia yang di dalam cermin itu adalah diri saya dan saya suka diri saya”. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada diri kita dan kita tidak malu mengakuinya.
Dalam bab ini aku belajar semua tentang motivasi diri. Kefahaman aku juga lebih jelas tentang motivasi ini. Kita seharusnya mengenali potensi diri supaya boleh menentukan hala tuju hidup yg lebih bermanfaat.