Kursus Perkembangan Awal Kanak – Kanak (PAKK) adalah sebuah kursus yang ditawarkan di Kolej Perkembangan Awal Kanak – Kanak (KPAKK). KPAKK adalah sebuah kolej yang menawarkan diploma dan ijazah dalam bidang perkembangan awal kanak – kanak (PAKK). KPAKK adalah pelopor yang menyediakan keperluan khusus dan menyeluruh dalam bidang PAKK. KPAKK adalah satu – satunya Institut Pengajian Tinggi yang memfokuskan satu bidang iaitu pendidikan awal kanak – kanak.Justeru, KPAKK mempunyai formula tersendiri dalam memdidik guru terlatih dengan berbekalkan kurikulum berkualiti yang berorientasikan teori, hands – on, dan kerja lapangan. Apabila anda belajar di KPAKK anda mendapat pelbagai manfaat yang luas dalam bidang PAKK secara menyeluruh.
Kursus PAKK ini mempunyai peluang yang luas dalam bidang pekerjaan dalam sektor pendidikan. PAKK adalah suatu bidang komponen pertumbuhan dan perkembangan kanak – kanak. PAKK mendapati bahawa terdapat lima prinsip asas dalam perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, pada peringkat awal seseorang bayi boleh duduk dengan bantuan, kemudian mula belajar merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan.
Tambahan pula, perkembangan itu juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.
Jika dikaji seorang kanak – kanak yang membesar secara fizikal akan membina kualiti kelakuan dan personalitinya. Hal ini boleh ditakrifkan dalam konsep tumbesaran dan perkembangan awal kanak – kanak yang terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu:-
a) Perkembangan Fizikal
perkembangan fizikal adalah tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan kordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Seseorang individu membesar dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali apabila badan mula nelalui proses penuaan.
b) Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif merupakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi. Ini termasuklah persepsi, pembentukan konsep, pemerolehan bahasa, daya ingatan, kebolehan ruang dan kebolehan matematik. Lain-lain aspek perkembangan kognitif ialah kebolehan penghujahan, penaakulan secara rasional untuk penggunaan dalam penyelesaian masalah-masalah logik.
c) Perkembangan Afektif dan Psikologi
Ini merujuk kepada perkembangan perasan, emosi dan kelakuan individu. Ia melibatkan kebolehan untuk mengetahui diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi serta keterampilan diri. Ia berkaitan dengan pengenalan terhadap diri sendiri.
d) Perkembangan Sosial
Kebolehan individu untuk menjalin hubungan dengan orang lain, membentuk persahabatan dan ikatan dengan seseorang. Ia melibatkan perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku pada personaliti dan kemahiran berhubung sesama manusia supaya individu dapat menyesuaikan dan menerima persekitaran sosial di sekelilingnya.
Pemahaman yang jelas tentang definisi tumbesaran dan perkembangan akan membantu guru-guru menyumbang secara positif kepada kemajuan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat menjamin kefahaman guru terhadap perkembangan anak murid seterusnya melancarkan proses perancangan pengajaran yang lebih berkesan.